Pusat Pemulihan Bencana(DRC)

Perkhidmatan Disaster Recovery Center (DRC) MyGovCloud@PDSA

Selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU pada 22 Januari 2010 berkaitan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP), MyGovCloud@PDSA menyediakan perkhidmatan DRC bagi aplikasi kritikal agensi sektor awam. Inisiatif ini bertujuan meminimumkan impak ke atas sistem penyampaian agensi akibat daripada gangguan atau bencana disamping memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Agensi-agensi Kerajaan disarankan melaksanakan business impact analysis (BIA) bagi mengenalpasti fungsi-fungsi kritikal agensi, ancaman, risiko dan impak kepada fungsi organisasi.

Perkhidmatan DRC MyGovCloud@PDSA kkhidmat nasihat bagi pembangunan dokumen Disaster Recovery Management Plan (DRMP) dan dokumen Disaster Recovery Technical Plan (DRTP),  Cloud Resources bagi tujuan DRC,  pemantauan proses replikasi, pengujian simulasi secara berkala ke atas platform DRC yang telah disediakan dan pengaktifan DRC semasa insiden.

  1. Khidmat nasihat dan panduan Penyediaan Dokumen Disaster Recovery Management Plan (DRMP) dan Disaster Recovery Technical Plan (DRTP)

 

Kesinambungan perkhidmatan memerlukan perancangan pemulihan bencaa yang efektif. Pelan pemulihan bencana adalah perancangan untuk meneruskan perkhidmatan selepas berlakunya gangguan atau insiden. DRMP dan DRTP adalah sebahagian daripada Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP).

Rajah 1: DRP Terminalogy

DRMP agensi mengandungi proses, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan persiapan pemulihan fungsi kritikal ICT di agensi.

DRTP pula mengandungi prosedur teknikal  dan maklumat berkenaan konfigurasi sistem, lokasi pusat pemulihan bencana dan pegawai bertanggungjawab untuk dihubungi

Agensi yang hendak menggunakan perkhidmatan MyGovCloud@PDSA diminta membangunkan pelan PKP termasuk penyediaan dokumen DRMP dan DRTP.

  1. Penyediaan Cloud Resources (virtual Machine) bagi tujuan DRC

Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA menyediakan resources (virtual machine) bagi tujuan DRC. Terdapat dua (2) kategori iaitu:-

  • Katalog Enterprise: Environment production di agensi dan DRC di PDSA. Agensi mesti menyediakan perisian bagi tujuan replikasi data; dan
  • Katalog Premium : Pakej Production dan DRC. Kedua-dua environment (Production dan DRC) mestilah berada di dua (2) lokasi PDSA.
  1. Pemantauan bersama proses replikasi

PDSA dan agensi mempunyai tanggungjawab bersama untuk memantau serta memastikan proses replikasi data antara production environment dan DRC environment berfungsi dengan baik. Sebarang perubahan pada production environment (ex: upgrade operating system etc.) hendaklah dimaklumkan kepada PDSA.

  1. Pengujian Simulasi DRC secara berkala

PDSA akan merancang takwim pengujian simulasi setiap awal tahun agar aktiviti pengujian simulasi agensi-agensi pengguna perkhidmatan MyGovCloud@PDSA dijalankan secara teratur. Agensi disaran agar melaksanakan pengujian simulasi sekurang-kurangkan satu kali setahun.

  1. Pengaktifan Pelan Pemulihan Bencana semasa insiden

Agensi perlu memaklumkan PDSA untuk mengaktifkan DRC sekiranya berlaku gangguan atau insiden kepada pusat data utama.

<<Hyperlink rujuk Proses Kerja Pelan Pengaktifan Bencana>>>

  Rajah 2 : DR Activation Flow