Mygovcloud

Apa itu MyGovCloud?

Mygovcloud merupakan perkhidmatan Cloud Hosting yang menyediakan sejumlah sumber (rangkaian, server, storan, sistem operasi) secara maya (virtual) kepada agensi untuk diuruskan bagi menampung aplikasi yang dibangunkan berasaskan Private Cloud(Cloud Enable) dan merupakan satu lagi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA), di bawah kendalian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Latar Belakang

1GovCloud(dahulu) telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Julai 2013. Pada tahun 2020 telah dijenamakan semula sebagai MyGovCloud@PDSA
 

 

Apakah Objektif MyGovCloud

Pengoperasian perkhidmatan Cloud Hosting secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

Perkhidmatan MyGovCloud yang disediakan adalah seperti di bawah:

STANDARD

eNTERPRISE

PREMIUM

Permohonan Perkhidmatan MyGovCloud

Segala Pertanyaan dan Permohonan hendaklah dikemukakan melalui mygovcloudpdsa[at]mampu.gov.my.