Soalan Lazim

Soalan Umum

Penubuhan PDSA telah dimulakan sejak tahun 2010 melalui keputusan Mesyuarat MSC Implementation Council (ICM) Ke-22 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri pada 8 Oktober 2010 memutuskan supaya MAMPU menerajui pelaksanaan pemusatan atau konsolidasi dan penetapan mutu piawaian keperluan ICT Kerajaan. Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011

MyGovCloud@PDSA merupakan salah satu daripada ‘shared services’ Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan pusat data utama (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) untuk Agensi Sektor Awam menggunakan teknologi pengkomputeran awan yang terdiri daripada pelayan, storan, pangkalan data, rangkaian dan perisian yang boleh dicapai menerusi rangkaian dan Internet

Semua peringkat pentadbiran Kerajaan iaitu agensi Kerajaan Persekutuan, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) , Jabatan dan Badan Berkanun Negeri (Tidak Diasingkan) serta Pihak Berkuasa Tempatan

Perkhidmatan PDSA
Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh PDSA merangkumi:

1. Fizikal & Virtual Server Hosting
Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan integrasi rangkaian

2.Perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC)
Menyedia, mengurus dan mengoperasi perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan merangkumi penyediaan ruang dan rak, rangkaian, Keselamatan dan migrasi secara fizikal dan virtual.

3. Backup & Restore

Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi pelayan aplikasi yang ditempatkan di PDSA.

4. Perkhidmatan Sokongan
Menguruskan dan memantau status pengoperasian peralatan-peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data Sektor Awam

Dokumen Perjanjian Persefahaman (Operational Level Of Understanding)

Jaminan tahap ketersediaan perkhidmatan MyGovCloud@PDSA adalah seperti berikut :-

  • 99.5% Service Level Agreement (SLA);
  • 24 x 7 Pemantauan Keselamatan dan Rangkaian;
  • MSISO/IEC 27001:2003 Pematuhan Standard ISMS;
  • Operational Level of Understanding (OLU); dan
  • Kompetensi personel yang mengendalikan PDSA dengan pensijilan CDCP,CDCS, CDCFOM, CTDC, CCNA, BCMS, COMPTIA+, CCSK, PRINCE2

Panduan permohonan perkhidmatan MyGovCloud@PDSA hendaklah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2021. Garis Panduan Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA.

Soalan Public cloud

Perkhidmatan Cloud Sektor Awam merupakan gandingan antara MAMPU sebagai penyedia perkhidmatan cloud Kerajaan dengan empat (4) panel cloud service provider (CSP) iaitu Microsoft Azure, Google Cloud, TM Cloud Alpha dan Amazon Web Services (AWS) bagi memberikan perkhidmatan cloud yang komprehensif kepada agensi-agensi Sektor Awam.

  • Pembekal atau penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan, sama ada dalam negara mahupun luar negara.
  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan seperti storan, rangkaian, pelayan dan sebagainya. CSP perlu memenuhi kriteria pensijilan dan pentauliahan yang digariskan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).
  • Syarikat tempatan yang dilantik oleh CSP.
  • Bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan dan khidmat sokongan teknikal perkhidmatan pengkomputeran awan selain daripada perkhidmatan yang diberikan oleh CSP.

Kontrak Panel Berpusat bagi perkhidmatan pengkomputeran awan yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan setiap CSP dan MSP.

Panduan permohonan perkhidmatan public cloud hendaklah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1 Tahun 2021. Garis Panduan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam.

Agensi perlu melaksanakan aktiviti berikut :

  1. Memuktamadkan perincian projek yang akan menggunakan perkhidmatan Public Cloud Sektor Awam;
  2. Mengelaskan Data/Maklumat bagi aplikasi yang terlibat;
  3. Melaksanakan Pengurusan Risiko Dan Mitigasi;
  4. Merancang Pelan Migrasi;
  5. Membangunkan Pelan Disaster Recovery Plan (DRP) dan Backup ;